Saturday, March 21, 2020
movie review: SECUESTRO
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) Malaysia ni, banyak sikitla masa aku nak duk depan TV layan Netflix. so macam terdatang idea nak buat movie review. so going forward, kalau aku rajinla, aku nak buat movie review, tapi dalam bahasa pemahaman aku lah yer..
ok untuk sekelian kalinya, aku nak buat review yang aku baru tengok semalam. Tajuk dia - SECUESTRO. It's a Spain movie. but don't worry, ada subtitle. Ok movie ni mengisahkan seorang pompuan dan anaknya. pompuan ni dia seorang peguambela. anak dia lelaki, dalam 8 tahun camtuh. Masa dia baru balik daripada 1 court case yang dia menang, dia dapat call dari polis yang mengatakan ada orang jumpa anak dia tepi jalan berdarah-darah. Dia macam pelikla, camne anak dia boleh ada kat tepi jalan sedangkan pagi tadi dia sendiri yang anta anak dia pegi skolah.
So dia pun bergegas pegi hospital jumpa anak dia. Dia ni memang sayang sangat kat anak dia. She's a single parent. Anak dia anak tidak sah taraf gituh. So dipendekkan cerita, bila dia interview anak dia semua, bawak pegi balai and anak dia pun explain kat dia and depan polis yang dia sebenarnya kena kidnapped, sejurus selepas mak dia drop dia kat skolah pagi tadi. Tapi dia dapat escape. And bila polis suruh dia bagi lakaran wajah penculik dia tuh, dia pun bagi, and happen to be that ada match dengan satu lelaki ni, yang memang ada criminal record sebelum ni.
Mak dia ni pun macam risaula sesangat dengan keselamatan anak dia, and days after few other incidents yang dah berlaku, mak dia tak puas hati and dia pegi upah orang untuk bagi warning kat lelaki ni supaya jangan ganggu dia and anak dia. Warning secara kasarla. Tapi bila dia dah upah orang untuk pegi gegar lelaki ni, anak dia pulak pegi buat hal tetiba. Dia boleh pulak pegi bagitau kat mak dia sesuatu yang membuatkan mak dia terkejut gila, sampaikan mak dia kena call balik orang upahan dia tu untuk stop cari lelaki jahat tuh tadi. Tapi dah terlambatttt....
Since then, macam-macam hal yang chaos telah berlaku. Panic semua cukup. Lasttttt skali, movie ni ada plot twist. Tak surela kalau sesiapa yang tengok, dia dah boleh predict masa pertengahan cerita. Macam aku, apa yang aku predict, betul. haha. Tapi buat yang suka movie-movie yang ada ending plot twist ni, bolehla tengok ye. Ala, cuti kan 2 mingguuu...
Tapi jangan risau, cite ni tak slow dan tak boring. Boleh try tengok.
Rating aku bagi: 6.5/10
Okayla, aku nak pegi tengok movie lain pulak. 😄
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment