Friday, March 27, 2020

movie review: HABIBIE & AINUN



Kisah Habibie dan Ainun adalah salah satu contoh "Cinta Sejati"



Cerita ni mengisahkan perjalanan hidup cinta Presiden ke 3 Indonesia, Bacharudin Jusuf Habibie dan isteri tercinta, macammana dia jumpa isteri dia, dari awal perkenalan sampai diorang kahwin, dan perjalanan rumahtangga diorang yang hidup bermula dari bawah sampai dia berjaya.


One thing yang aku respect kat isteri dia, walaupun pada awalnya dia hidup susah, dia tetap setia dengan suami dia. Dia sangat memahami, penyabar dan penyayang. Beruntungnya Ainun mendapat suami yang sangat baik seperti Habibie. Habibie jugak sangat cintakan Ainun sepenuh hatinya. Apa sahaja yang dia lakukan, dia tak pernah lupa akan isterinya.


Berkat kesabaran dan keazaman Habibie, serta semangat untuk merubah nasib keluarganya, suatu hari mereka berjaya mengecapi hidup senang. Habibie juga seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk negaranya Indonesia. Dengan kepintarannya yang berjaya mencipta kapal terbang pertama negara, beliau juga telah berjaya menceburi dalam pentadbiran kerajaan. Bermula dari jawatan Timbalan Presiden, sehinggalah beliau dilantik menjadi Presiden ketiga Indonesia. Namun, tidak pernah sekalipun dia lupa tanggungjawabnya untuk membahagiakan anak isterinya. Sesibuk pun beliau, lunch pun balik rumah makan masakan isterinya yang tercinta.


This is a love story. Jalan cerita yang simple tapi terkesan di dalam hati. Lakonan yang baik oleh Reza Rahadian sebagai Habibie dan Bunga Citra Lestari sebagai Ainun. OST dia pun boleh buat kita bertakung air mata. Nah tengoklah sendiri ni:


https://www.youtube.com/watch?v=Bgt9g1q-xj0


Rating aku bagi: 8/10

No comments:

Post a Comment