Sunday, March 29, 2020
movie review: THE OCCUPANT
cite ni pasal sorang advertising executive yang dah takde keje, pegi interview tak dapat2. dia ada sorang isteri dan sorang anak lelaki. sebelum ni dia hidup senang, tinggal kat apartmen mewah, ada kete mewah. tapi since dia dah takde keje, so hidup dia dah jadi susah. diorang terpaksa jual rumah dan berpindah ke apartmen yang lebih murah dan kecik.
dia punya stress pegi interview keje tapi tak dapat2, pastu dia frust. dia punya takde keje, satu hari dia pegi stalk balik family baru yang dah pindah masuk ke apartmen lama dia yang mewah tuh. dia tunggu sampai family tu keluar, dia pegi masuk rumah tu balik (sebab dia masih simpan kunci rumah tu) dia buat tour, dia bukak fridge orang tuh makan makanan, dia guna bathroom orang tu buat bisnes sambil main phone. pendek kata dia buat macam rumah tu rumah dia lah.
hari-hari dia buat camtuh, sampaikan satu hari dia bukak laptop orang tuh and dia find out yang orang tuh siapa, background dia semua la. dipendekkan cite, lepas dia dapat tahu orang ni sebenarnya orang yang berjaya, dia jadi sakit hati. dia rasa dia yang sepatutnya ada kat tempat orang tuh.
sooooo...bermula daripada situlah, macam2 benda dia buat, keje gila. memang saiko la mamat ni. korang tengok pun korang mesti sakit hati nak mam. aku sendiri pun stress, malam tadi tengok sensorang habis pukul 230pagi, tapi ending dia memang ciskek betul. sampai tido pun tak aman. hahaha.
oh ya, ni spanish movie ye. aku memang suka cite-cite thriller spain ni. tak penah mengecewakan.
rating aku bagi: 7.5/10
Friday, March 27, 2020
movie review: HABIBIE & AINUN
Kisah Habibie dan Ainun adalah salah satu contoh "Cinta Sejati"
Cerita ni mengisahkan perjalanan hidup cinta Presiden ke 3 Indonesia, Bacharudin Jusuf Habibie dan isteri tercinta, macammana dia jumpa isteri dia, dari awal perkenalan sampai diorang kahwin, dan perjalanan rumahtangga diorang yang hidup bermula dari bawah sampai dia berjaya.
One thing yang aku respect kat isteri dia, walaupun pada awalnya dia hidup susah, dia tetap setia dengan suami dia. Dia sangat memahami, penyabar dan penyayang. Beruntungnya Ainun mendapat suami yang sangat baik seperti Habibie. Habibie jugak sangat cintakan Ainun sepenuh hatinya. Apa sahaja yang dia lakukan, dia tak pernah lupa akan isterinya.
Berkat kesabaran dan keazaman Habibie, serta semangat untuk merubah nasib keluarganya, suatu hari mereka berjaya mengecapi hidup senang. Habibie juga seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi untuk negaranya Indonesia. Dengan kepintarannya yang berjaya mencipta kapal terbang pertama negara, beliau juga telah berjaya menceburi dalam pentadbiran kerajaan. Bermula dari jawatan Timbalan Presiden, sehinggalah beliau dilantik menjadi Presiden ketiga Indonesia. Namun, tidak pernah sekalipun dia lupa tanggungjawabnya untuk membahagiakan anak isterinya. Sesibuk pun beliau, lunch pun balik rumah makan masakan isterinya yang tercinta.
This is a love story. Jalan cerita yang simple tapi terkesan di dalam hati. Lakonan yang baik oleh Reza Rahadian sebagai Habibie dan Bunga Citra Lestari sebagai Ainun. OST dia pun boleh buat kita bertakung air mata. Nah tengoklah sendiri ni:
https://www.youtube.com/watch?v=Bgt9g1q-xj0
Rating aku bagi: 8/10
Saturday, March 21, 2020
movie review: SECUESTRO
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) Malaysia ni, banyak sikitla masa aku nak duk depan TV layan Netflix. so macam terdatang idea nak buat movie review. so going forward, kalau aku rajinla, aku nak buat movie review, tapi dalam bahasa pemahaman aku lah yer..
ok untuk sekelian kalinya, aku nak buat review yang aku baru tengok semalam. Tajuk dia - SECUESTRO. It's a Spain movie. but don't worry, ada subtitle. Ok movie ni mengisahkan seorang pompuan dan anaknya. pompuan ni dia seorang peguambela. anak dia lelaki, dalam 8 tahun camtuh. Masa dia baru balik daripada 1 court case yang dia menang, dia dapat call dari polis yang mengatakan ada orang jumpa anak dia tepi jalan berdarah-darah. Dia macam pelikla, camne anak dia boleh ada kat tepi jalan sedangkan pagi tadi dia sendiri yang anta anak dia pegi skolah.
So dia pun bergegas pegi hospital jumpa anak dia. Dia ni memang sayang sangat kat anak dia. She's a single parent. Anak dia anak tidak sah taraf gituh. So dipendekkan cerita, bila dia interview anak dia semua, bawak pegi balai and anak dia pun explain kat dia and depan polis yang dia sebenarnya kena kidnapped, sejurus selepas mak dia drop dia kat skolah pagi tadi. Tapi dia dapat escape. And bila polis suruh dia bagi lakaran wajah penculik dia tuh, dia pun bagi, and happen to be that ada match dengan satu lelaki ni, yang memang ada criminal record sebelum ni.
Mak dia ni pun macam risaula sesangat dengan keselamatan anak dia, and days after few other incidents yang dah berlaku, mak dia tak puas hati and dia pegi upah orang untuk bagi warning kat lelaki ni supaya jangan ganggu dia and anak dia. Warning secara kasarla. Tapi bila dia dah upah orang untuk pegi gegar lelaki ni, anak dia pulak pegi buat hal tetiba. Dia boleh pulak pegi bagitau kat mak dia sesuatu yang membuatkan mak dia terkejut gila, sampaikan mak dia kena call balik orang upahan dia tu untuk stop cari lelaki jahat tuh tadi. Tapi dah terlambatttt....
Since then, macam-macam hal yang chaos telah berlaku. Panic semua cukup. Lasttttt skali, movie ni ada plot twist. Tak surela kalau sesiapa yang tengok, dia dah boleh predict masa pertengahan cerita. Macam aku, apa yang aku predict, betul. haha. Tapi buat yang suka movie-movie yang ada ending plot twist ni, bolehla tengok ye. Ala, cuti kan 2 mingguuu...
Tapi jangan risau, cite ni tak slow dan tak boring. Boleh try tengok.
Rating aku bagi: 6.5/10
Okayla, aku nak pegi tengok movie lain pulak. 😄
Thursday, March 19, 2020
the new fascinating light
so...blog lama aku dah hilang tah kemana. try nak log in balik tak boleh. eeeeeee gerammmmm. lama kot aku simpan. since 2010. bencila camni. maybe sebab dah lama tak post kot. tuh yang dia merajuk.
huhu~
takpelah, jom create blog baru. since dah masuk alaf baru kan. kita tinggalkan cite-cite lama. bukak buku baru gituh. banyakla ko buku baru.. sama je kot aku nih, takde beza...yang beza cuma saiz badan je..haha! but i'm still the same old chiq! ^^
okaylah, happy blogging to me. semoga gigih. =)
Subscribe to:
Comments (Atom)


