Friday, April 24, 2020

Ramadhan 2020



Marhaban Ya Ramadhan. 
Semoga di bulan suci ini kita diberikan petunjukNya dan 
selalu berada di dalam lindungan Allah swt. Aamiin~
🌙

Saturday, April 18, 2020

buat baik dibalas baik



Memang benar bila pepatah ada mengatakan yang jika melakukan sesuatu kebaikan, cepat atau lambat, kita akan dibalas dengan kebaikan jua.

Well in my stories here, aku takdela anggap yang perkara aku lakukan ni adalah sesuatu kebaikan. It was just a simple gesture, tak pikir apa-apa selain niat membantu seseorang walaupun hanya dengan sekecil pertolongan.

So this happened about 20-21 years ago. Petang tu aku baru balik dari kelas. Sebagai seorang pelajar, biasala…duit kadang ada, kadang takda. Sampai je rumah, aku bukak pintu dan masuk ke rumah. Tak lama je lepas tu, tiba-tiba aku dengar ada orang tekan loceng rumah. Kebiasaannya kita kalau ada orang tekan loceng, kita mesti akan intai dulu kat tingkap sebelum bukak pintu kan. So aku pun intai. Kelihatan seorang makcik tua, lingkungan dalam usia 60an camtuhla, pegang dua plastik besar kiri dan kanan tangan dia. Aku pasti yang makcik tuh jual kerepek. Dalam hati aku, aduh, aku pulak takde sen ni. Aku terus bukak beg, capai wallet, tengok2 ada 2 ringgit je. So aku tak bukak pintu. Makcik tuh duk tekan-tekan loceng tuh 2-3 kali, kemudian dia pun beredar. Memang aku rasa serba salah sebenarnya tak dapat nak tolong dia. Aku memang selalu ada perasaan mudah kesian dengan orang. Lebih-lebih lagi bila melihat keadaan dia yang dah tua, sepatutnya dengan usia dia yang sebegitu, dia hanya perlu duduk di rumah dan berehat, bukan buat kerja-kerja susah macam tu. Tapi apalah yang kita tahu tentang kesusahan orang kan. Maybe dia memang perlu melakukan kerja tu, demi menyara hidup.

Perasaan kesian aku tak habis kat situ je. Aku terus perati makcik tu dari tingkap. Aku tengok makcik tuh pergi rumah sebelah. Dia tekan loceng lagi. Takde orang bukak. Kemudian aku lihat dia pergi dari rumah ke rumah, buat perkara yang sama. Malangnya nasib makcik tu, takde sapa yang bukak pintu. Adalah dalam 4-5 bijik rumah selang rumah aku dia dah pegi, semuanya mengecewakan. Perasaan kesian aku tadi dah berubah jadi sedih. Empathy omputih kata. Namun berat mata memandang, berat lagi dia membawak plastik tu kehulu-kehilir, mengharap ada rezeki yang masuk. Aku jadi sedih. Tak boleh jadi ni. Aku pun terus jerit panggil adik aku yang berumur 11 tahun tengah duk dalam bilik dia kat atas. Adik aku pun turun.

“Boy, ko amik 2 ringgit ni. Aku nak ko kejar makcik yang kat luar tuh, yang tengah jual kerepek tu. Ko belila 1 bungkus. Cepat, sebelum dia hilang.”

Adik aku pun keluar pegi kejar dia. Lega aku bila aku nampak dia tahan makcik tu. Aku Nampak makcik tu pun turunkan beg plastik dia. Adik aku pun pilih-pilih. Agaknya dia tengah pilih nak beli kerepek apa la tu. Aku jadi lega sangat. Mesti makcik tu pun happy bila dapat jual kerepek dia. Tah apala yang diorang cakapkan, aku Nampak adik aku pun balik ke rumah. Nampak tangan dia pegang sebungkus kerepek. Okay cun, aku pun rasa puas masa tu. Dalam hati aku rasa, jadilah kan, walau tak banyak, sekurang-kurangnya ada jugak jualan dia.

Adik aku masuk rumah. Dia pun pass kerepek tuh kat aku.

“Nah, ni kerepek satu. Aku bagitau makcik tu tadi…makcik, saya nak beli kerepek yang harganya 2 ringgit, ada tak? Dia jawab, makcik jual kerepek 3 ringgit sebungkus nak. Takpela, kamu pilih je kerepek apa yang kamu nak, makcik sedekah. Aku pun pilihla satu kin.”

Allahuakbar…masa tu jugak aku rasa macam nak terduduk menangis. Allah saja yang tahu apa perasaan aku tatkala tu. Aku tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Allahu…niat aku nak bantu makcik tu tadi, dengan harapan untuk menggembirakan hati dia. Tapi sebaliknya dia yang bersedekah pada aku. ;(

Ya Allah…Engkau murahkanlah rezeki makcik tu, walau dimana saja dia berada. Dan jika sekiranya dia telah Kembali menghadapMu, Engkau ampunkanlah sekelian dosa-dosanya, tempatkanlah rohnya dikalangan orang-orang yang Engkau kasihi, dan jauhkanlah dia dari siksaan kubur. Aamiin Ya Rabbal Alamiin…

Tuh je la cerita aku untuk kali ni. Cerita yang simple, aku tak kenal siapa pun makcik tu, tapi aku akan kenang sampai bila-bila...