Memang benar bila pepatah ada mengatakan yang jika melakukan
sesuatu kebaikan, cepat atau lambat, kita akan dibalas dengan kebaikan jua.
Well in my stories here, aku takdela anggap yang
perkara aku lakukan ni adalah sesuatu kebaikan. It was just a simple gesture,
tak pikir apa-apa selain niat membantu seseorang walaupun hanya dengan
sekecil pertolongan.
So this happened about 20-21 years ago. Petang tu aku baru
balik dari kelas. Sebagai seorang pelajar, biasala…duit kadang ada, kadang
takda. Sampai je rumah, aku bukak pintu dan masuk ke rumah. Tak lama je lepas
tu, tiba-tiba aku dengar ada orang tekan loceng rumah. Kebiasaannya kita kalau
ada orang tekan loceng, kita mesti akan intai dulu kat tingkap sebelum bukak
pintu kan. So aku pun intai. Kelihatan seorang makcik tua, lingkungan dalam
usia 60an camtuhla, pegang dua plastik besar kiri dan kanan tangan dia. Aku
pasti yang makcik tuh jual kerepek. Dalam hati aku, aduh, aku pulak takde
sen ni. Aku terus bukak beg, capai wallet, tengok2 ada 2 ringgit je. So aku tak
bukak pintu. Makcik tuh duk tekan-tekan loceng tuh 2-3 kali, kemudian dia pun
beredar. Memang aku rasa serba salah sebenarnya tak dapat nak tolong dia. Aku
memang selalu ada perasaan mudah kesian dengan orang. Lebih-lebih lagi bila melihat
keadaan dia yang dah tua, sepatutnya dengan usia dia yang sebegitu, dia hanya
perlu duduk di rumah dan berehat, bukan buat kerja-kerja susah macam tu. Tapi
apalah yang kita tahu tentang kesusahan orang kan. Maybe dia memang perlu
melakukan kerja tu, demi menyara hidup.
Perasaan kesian aku tak habis kat situ je. Aku terus perati
makcik tu dari tingkap. Aku tengok makcik tuh pergi rumah sebelah. Dia tekan loceng
lagi. Takde orang bukak. Kemudian aku lihat dia pergi dari rumah ke rumah, buat
perkara yang sama. Malangnya nasib makcik tu, takde sapa yang bukak pintu.
Adalah dalam 4-5 bijik rumah selang rumah aku dia dah pegi, semuanya mengecewakan.
Perasaan kesian aku tadi dah berubah jadi sedih. Empathy omputih kata. Namun
berat mata memandang, berat lagi dia membawak plastik tu kehulu-kehilir,
mengharap ada rezeki yang masuk. Aku jadi sedih. Tak boleh jadi ni. Aku pun
terus jerit panggil adik aku yang berumur 11 tahun tengah duk dalam bilik dia kat
atas. Adik aku pun turun.
“Boy, ko amik 2 ringgit ni. Aku nak ko kejar makcik yang kat
luar tuh, yang tengah jual kerepek tu. Ko belila 1 bungkus. Cepat, sebelum dia
hilang.”
Adik aku pun keluar pegi kejar dia. Lega aku bila aku nampak
dia tahan makcik tu. Aku Nampak makcik tu pun turunkan beg plastik dia. Adik
aku pun pilih-pilih. Agaknya dia tengah pilih nak beli kerepek apa la tu. Aku
jadi lega sangat. Mesti makcik tu pun happy bila dapat jual kerepek dia. Tah apala
yang diorang cakapkan, aku Nampak adik aku pun balik ke rumah. Nampak tangan
dia pegang sebungkus kerepek. Okay cun, aku pun rasa puas masa tu. Dalam hati
aku rasa, jadilah kan, walau tak banyak, sekurang-kurangnya ada jugak jualan
dia.
Adik aku masuk rumah. Dia pun pass kerepek tuh kat aku.
“Nah, ni kerepek satu. Aku bagitau makcik tu tadi…makcik,
saya nak beli kerepek yang harganya 2 ringgit, ada tak? Dia jawab, makcik jual
kerepek 3 ringgit sebungkus nak. Takpela, kamu pilih je kerepek apa yang kamu
nak, makcik sedekah. Aku pun pilihla satu kin.”
Allahuakbar…masa tu jugak aku rasa macam nak terduduk
menangis. Allah saja yang tahu apa perasaan aku tatkala tu. Aku tak dapat nak
gambarkan dengan kata-kata. Allahu…niat aku nak bantu makcik tu tadi, dengan
harapan untuk menggembirakan hati dia. Tapi sebaliknya dia yang bersedekah pada
aku. ;(
Ya Allah…Engkau murahkanlah rezeki makcik tu, walau dimana
saja dia berada. Dan jika sekiranya dia telah Kembali menghadapMu, Engkau ampunkanlah
sekelian dosa-dosanya, tempatkanlah rohnya dikalangan orang-orang yang Engkau
kasihi, dan jauhkanlah dia dari siksaan kubur. Aamiin Ya Rabbal Alamiin…
Tuh je la cerita aku untuk kali ni. Cerita yang simple, aku tak kenal siapa pun makcik tu, tapi aku akan kenang sampai bila-bila...
No comments:
Post a Comment